Skip navigation

Hidup tak selamanya lancar

Jika lancar tidak indah rasanya

Cuma bila selalu dihimpit kesusahan pedih sungguh rasanya

Bila dikenang kemudian, rasa makin manis pula

Itulah kehidupan

Di sebalik kesusahan pasti akan kemudahan

Kerana kemudahan adalah pengajaran  

  Read More »

 Allah swt berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.” (Q.S. Al-ahzab: 56)

Dalam sejarah Islam, para sahabat Baginda s.a.w. sentiasa berlumba-lumba menghormati Baginda s.a.w. dengan mengucapkan selawat kepada Baginda. Ka’b ibn ‘Ujrah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah ditanya. “Wahai Rasulullah s.a.w., aku sudah mengetahui cara mengucapkan salam kepadamu, tetapi bagaimanakah cara untuk mengucap selawat kepadamu? Nabi s.a.w. bersabda: Read More »

 Artikel ini adalah bahan tazkirah aku pada 30 Jun 2009. Artikel ini diedit daripada buku karangan Dr. Aidh Al-Qarni. Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita.   

 1. Membaca al-Qur’an

 Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman  ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka, dan Hanya kepada Rabb mereka bertawakkal. (Q.S. Al-Anfal: 2

Maksudnya: “Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian. (Q.S. Al-ISra’: 82)

  Read More »

KUNCI-KUNCI PERSOALAN GHAIB DI TANGAN ALLAH

  Allah swt. berfirman:  

ayat 3

 Maksudnya: “Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)” (Q.S. Al-An’am: 59) Read More »

AlhamdulilLah, segala puji hanya bagi Allah swt. Selawat beriring salam buat ar-Rasul saw, ahli baitnya dan para sahabat yang tercinta.

Pada 5 Mei 09, aku telah menyampaikan tazkirah bertajuk larangan berjumpa ‘arraf dan kahin. Sengaja aku memilih topik ini lantaran ia ada kaitan langsung dalam kehidupan seharian kita.  Barangkali kita pernah mengalaminya, atau pun pernah mendengar pengalaman daripada kawan-kawan. Read More »

Ramai yang menjadi hakim

Tatkala melihat sesuatu

Tatkala mendengar sesuatu

Lalu akal mentafsir Read More »

Assalamua’laikum,

Pelbagai kekalutan telah membelenggu masyarakat Islam. Lepas satu, satu….Isu murtad, penyelewengan logo halal, penggunaan nama Allah, isu non-muslim membaca ayat al-Qur’an dan sebagainya. Aku cuma nak komen sikit je. Jangan marahkan orang Kristian bila mereka nak gunakan kalimat Allah. Soal mereka ada niat lain tu, tu nombor dua. Orang kita ni, bila kita cakap elok-elok payah nak terima. Tapi bila teguran berbentuk sindiran, senang pula nak terima. Renung-renungkanlah!. Dah orang Islam sendiri ‘lupa’kan Allah, bila orang lain nak guna, kita pula nak marah. Pelik, memang pelik.

Aku bukan berniat menyokong mereka. Tapi sebelum salahkan orang lain, lebih baik, suluh diri kita sendiri. Berapa ramai orang Islam di Malaysia ni lebih suka guna istilah tuhan daripada menyebut Allah. Kenapa tak gunakan saja kalimah Allah. Ada setengah tu, siap tulis huruf “t” dengan capital lagi. Kononnya kata mereka lebih khusus. Tapi kalau nak khusus, kenapa tak tulis saja kalimah ALLAH. Sebab tu kita dapat tengok di mana-mana, orang Islam suka menyebut kalimah tuhan daripada Allah. Kalau anda tergolong dalam golongan ini, berhentilah! Pilihlah kalimah yang lebih khusus yakni ALLAH daripada perkataan tuhan. Dulu, masa aku mengajar, aku warning siap-siap kat pelajar aku. Sapa yang tulis perkataan tuhan, aku bagi 0. tolak markah. Kejam kan aku! Tapi terus terang, aku memang tak kan guna kalimah tuhan ni kecuali dalam hal-hal tertentu. Bermula daripada sekarang, ubahlah sekadar yang termampu. Kalau dulu masa berdoa kita suka sebut: “Ya Allah ya tuhanku, sekarang ubahlah: “Ya Allah Ya Rahman/Ya Rahim dan sebagainya. Bukankah Allah memiliki nama-nama yang indah. Maaflah kalau ‘masakan’ aku kali ni pedas sikit.

p/s: Aku sebenarnya dah tulis artikel tentang ni dulul, tapi dah puas aku cari. InsyaalLah, kalau dah jumpa nanti, aku akan posting ke sini.

Kadang-kadang kesibukan atau buat-buat sibuk sedikit menganggu aktiviti ‘peng-update-an’ blog. Sekarang aku dalam proses menyiapkan sebuah artikel. Doakan agar aku dapat menyiapkan artikel tersebut dengan lancar dan baik. Artikel yang aku maksudkan adalah berkaitan dengan kritik lirik. InsyaalLah, aku tidak akan mengkritik dengan nafsu, tapi aku akan mengkritik dengan ilmu. Semoga Allah akan mendorongku ke jalan kebaikan. Amin

Hanya sekadar ceritera lama. Kenangan yang sentiasa menjadi pendorong untukku agar terus beristiqamah dengan apa yg telah kita yakini. Pada hari itu, aku menerima sebaris khidmat pesanan ringkas yang memohon aku meluangkan sedikit waktu untuk berjumpa dengannya. Aku setuju. Cuma masa dan tempat aku yang tentukan. Masanya selepas kelas malam aku selesai dan tempatnya di sebuah gerai makan di tepi jalan. Bukan apa, sebenarnya aku pun dah keletihan, sementelahan pula esok pagi-pagi kena keluar awal sebab ada kelas pagi dan aku juga perlu buat persediaan untuk  subjek esok. Read More »

Assalamua’laikum buat semua pengunjung.

cover-milenia

Semoga kalian sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya. Dah lama sangat aku tak mengupload apa2pun dlm blog aku ni. Kesibukan kerja, tesis dan soal-s0al lain ditambah lagi dengan kepenatan sejak memasuki alam baru merubah segala-galanya. Komitmen telah berubah, prioriti juga telah berubah. Yang terfikir hanya tanggung jawab! Walau apapun, insyaalLah, aku akan menyambung semula apa yang telah aku mulai..

AlhamdulilLah, baru-baru ni artikel aku terbit dalam majalah Milenia Muslim Mac 2009. Dah lama betul aku tak menulis artikel ni. Artikel kali ni bertajuk ISU HALAL: Cabaran dan Penyelesaian.  Aku postkan artikel tersebut. Read More »