Skip navigation

Hidup tak selamanya lancar

Jika lancar tidak indah rasanya

Cuma bila selalu dihimpit kesusahan pedih sungguh rasanya

Bila dikenang kemudian, rasa makin manis pula

Itulah kehidupan

Di sebalik kesusahan pasti akan kemudahan

Kerana kemudahan adalah pengajaran  

 

Sesusah manapun kita

Sesedih apapun kita

Seperit manapun kita

Tidak sama dengan dengan ar-Rasul junjungan

Untuk digandingkan dengannya pun tidak layak rasanya

Wahai ar-Rasul

Pada dirimu benar-benar ada qudwah

Kesusahanku tidak sama dengan kesusahanmu

Susahnya aku hanya setakat diriku

Namun kesusahanmu bukan utuk dirimu

Kerana dirimu tak pernah susah

Bukan kerana kamu kaya

Bukan kerana jalanmu mudah

Tetapi kerana jiwamu kaya

Jiwamu besar

Jiwamu agung

Selayaknya sifat itu bertakhta pada peribadi agung

Wahai ar-Rasul

Pada dirimu benar-benar ada qudwah

Kepedihan hatiku sekadar mengenang nasib diriku

Namun kesedihanmu meliputi umatmu

Kalau tidak

Jalanmu pasti tak semulus itu

Dirimu dihina tapi hinaan tidak membuatmu rebah

Bahkan pujian manusia juga tak membuat dirimu leka

Indah sungguh peribadimu

Ingin kucontohi semampu diri ini

Inginku telusuri kesan tapak kakimu ke denai itu

Sekuat itu juga tangan keji menarikku

Ya Allah

Jika aku beramal kerana syurga-Mu

Dan takut neraka-Mu

Imanku masih tidak ikhlas

Ku gagahi menepis tarikan keji

Ku gagahi membuang mainan hati yang tak pasti

Ku gagahi bermujahadah menjadi hamba-Mu yang sejati

Ya Allah

Sehening dinihari ini

Ku basahi wajahku yang berdosa ini

Ku basahi kedua tanganku yang penuh hina ini

Ku sentuhi kepalaku yang engkar ini

Ku simbahi kakiku yang tak tetap ini

lantas ku bermunajat kepada-Mu

kerana ku tahu nikmat pada waktu itu

Maha benar firman-Mu

”Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan”. 

Ya Allah

Bimbinglah aku

Sebagaimana Engkau membimbing  para kekasih-Mu

Ku lantunkan salawat beriring salam kepada junjungan-Mu

Manisnya lafaz itu

Setiap sebutan terasa getarannya

Tidak mengapa

Walau permulaannya perlu dipaksa

Lama-lama akan timbul juga lazatnya

Ya Allah, rahmatilah aku

Kasihanilah aku

Bimbinglah aku

Ya Allah

Mantapkanlah hatiku

Jadikan hati ku keras atas hinaan makhluk-Mu

Lembut dalam amalku

Kerana amalku hanya kerana-Mu

Kerana-Mu

Ya…hanya kerana-MU

Ya Allah

Sampaikan salawat dan salamku kepada junjungan-Mu

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.