Allah swt berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.” (Q.S. Al-ahzab: 56)
Dalam sejarah Islam, para sahabat Baginda s.a.w. sentiasa berlumba-lumba menghormati Baginda s.a.w. dengan mengucapkan selawat kepada Baginda. Ka’b ibn ‘Ujrah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah ditanya. “Wahai Rasulullah s.a.w., aku sudah mengetahui cara mengucapkan salam kepadamu, tetapi bagaimanakah cara untuk mengucap selawat kepadamu? Nabi s.a.w. bersabda:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
(H.R. al-Bukhari : 3118)
Dalam matan yang lain disebutkan:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
(H.R. al-Bukhari; 4423)
Maksudnya: “Ya Allah, berilah rahmat kepada Muhammad s.a.w. dan kepada keluarganya sebagaimana Engkau memberikan rahmat kepada Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya. Ya Allah, Berilah berkat kepada Muhammad s.a.w. dan keluarganya sebagaimana Engkau memberikan berkat kepada Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya.
Antara kelebihan bersalawat adalah seperti beikut:
1. Salawat sekali ke atas Nabi saw akan ditulis sepuluh kebaikan. Berdasarkan hadis riawayat Imam Ahmad (No. hadis 7246)
حَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ مَرَّةً وَاحِدَةً كَتَبَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ بِهَا عَشْرَ حَسَنَاتٍ
2. Salawat sekali ke atas Nabi saw, maka Allah akan bersalawat 10 kali ke orang yang bersalawat. Dihilangkan 10 kejahatan dan diangkat 10 darjat. Berdasarkan hadis riwayat Imam an-Nasaie (no. Hadis 1280) berikut:
1280 – أَخْبَرَنَا إِسْحَقُ بْنُ مَنْصُورٍ قَالَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ قَالَ حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ بُرَيْدِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ قَالَ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ
3. Tidak akan dianggap bakhil. Berdasarkan hadis nabi riwayat Al-Tirmizi.
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْبَخِيلُ الَّذِي مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ
Sebaliknya, orang yang tidak berselawat kepada Nabi disifatkan sebagai orang yang paling kedekut. Abu Dzar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Sebakhil-bakhil manusia ialah apabila disebut namaku kepadanya, ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (H.R. al-Tirmizi, 3469).
Apa yang lebih penting adalah salawat juga sebagai lambang penghormatan yang sebesar-besarnya ke atas ar-Rasul saw. Sebagaimana yang aku telah tegaskan bahawa kaum wanita lebih-lebih lagi kena perbanyakkan salawat kerana jika tidak kerana Baginda saw, maka kaum wanita tidak akan wujud di alam ini. Demikian diungkapkan di dalam al-Qur’an
Maksudnya: “ Dan apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah.” (Q.S. Al-Nahl: 58)
Demikian juga kaum lelaki. Tidak terkecuali kerana Baginda adalah pembawa rahmat ke sekalian alam. Marilah kita sama-sama berselawat sebanyak-banyaknya sebagai lambang tanda ingatan kepada Baginda.
Kesimpulannya, hormati dan muliakanlah Rasulullah s.a.w. dengan perbanyakkan bersalawat kerana terlalu banyak ganjaran bagi orang yang menghormati dan memuliakan Rasulullah s.a.w. Malah Imam al-Nawawi Rahimahullah berpendapat tidak cukup sekadar mengucapkan s.a.w., tetapi ucapan yang paling utama ialah dengan menyebut Sallallah ‘alaihi wa sallam taslima.” Fikirkanlah dan renung-renungkanlah .