Skip navigation

AlhamdulilLah, segala puji hanya bagi Allah swt. Selawat beriring salam buat ar-Rasul saw, ahli baitnya dan para sahabat yang tercinta.

Pada 5 Mei 09, aku telah menyampaikan tazkirah bertajuk larangan berjumpa ‘arraf dan kahin. Sengaja aku memilih topik ini lantaran ia ada kaitan langsung dalam kehidupan seharian kita.  Barangkali kita pernah mengalaminya, atau pun pernah mendengar pengalaman daripada kawan-kawan.

 Sebenarnya, sikap ini terkena kepada semua orang, baik orang biasa sehingga lah orang yang ada pengetahuan agama.  Manusia (orang melayu khususnya), mudah sangat percaya kepada berita-berita ghaib, perkhabaran-perkhabaran yang kononnya datang daripada alam ghaib dan sebagainya.

 Apa yang ganjil bagi mereka, selalu ditafsirkan sebagai kelebihan. Manakala kelebihan pula sering dianggap sebagai lambang kehebatan. Bukan itu saja, kehebatan pula dianggap sebagai kebenaran. Dengan bahasa yang mudah, orang yang memiliki kehebatan selalu dikatakan orang yang dekat dengan Allah. Oleh kerana dekatnya dia dengan Allah, dia dianggap benar. Natijahnya, segala perkataannya benar, segala perbuatannya benar dan segala-galanya. 

Kerana sikap beginilah, maka semakin berkembang biaklah tukang-tukang ramal, ahli nujum dan tukang-tukang tenung. Kalau dulu orang berjumpa dengan bomoh dan dukun untuk mengetahui apa yang mereka tak mampu melihatnya. Sama- ada mencari barang hilang, menenung masa depan dan sebagainya. Namun, zaman semakin berubah. Para kahin dan ‘arraf ini mengalami transformasi. Daripada orang menjadi buku-buku, majalah-majalah dan laman-laman web yang menyajikan pelbagai ramalan dan horoskop. Di situlah para pemuda pemudi Islam asyik membaca dan melayari horoskop masing-masing. Tak cukup dengan itu, segala  tahi lalat, warna kulit, style rambut, bentuk tubuh, ukuran bibir, cara berjalan,  cara menghayun tangan, hari dan tarikh kelahiran, semuanya ini ada makna bagi mereka. Dan makna-makna ini diPERCAYAI seratus peratus. 

Terkadang tanda-tanda yang diramalkan itu betul-betul mengena diri sendiri. Maka semakin suburlah kepercayaan dan keyakinannya. Jika tidak berkaitan dengan diri sendiri, mereka ini akan menjadi ‘arraf-arraf dan kahin-kahin baru. Mereka pula meramal nasib orang lain pula. 

Akhirnya, orang akan lebih mempercayai ramalan berbanding apa yang telah dijelaskan oleh Allah dan Rasul-Nya.

 Sabda RasululLah saw:

  kahin-1

 Maksudnya:  “Barangsiapa yang datang kepada ‘arraf (tukang tenung/ramal) lalu bertanya sesuatu daripadanya, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari” (H.R. Muslim : 4137)

 kahin-2

 Maksudnya: “Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal (kahin) dan membenarkan apa yang dikatakan olehnya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang di turunkan ( oleh Allah) kepada Muhammad” (hadith ini di riwayatkan oleh Abu daud: 9171)

Sungguh mengherankan, bagaimana mereka boleh mendakwa mampu mengetahui alam ghaib, sedangkan pengetahuan itu hanyalah milik Allah swt sahaja. 

 

Firman Allah SWT dalam surah Al-Jin: 26-27:

 

 atay-1

 

 Firman Allah lagi :

 ayat-2

Maksudnya: “Katakanlah. Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudaratan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudaratan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman” (Q.S. Al-A’raf, ayat 188) . 

Firman-Nya lagi: ayat-3

 Maksudnya: “Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali dia sendiri, dan dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)” (Q.S. Al-An’am: 59)

 

Tanapa ragu-ragu, kita mesti menolak mempercayai segala ramalan walau datang daripada sesiapapun kerana ramalan/tenung nasib, horoskop, kedudukan tahi lalat, mengenal diri melalui taikh lahir dan sebagainya adalah bercanggah dengan nas al-Qur’an dan as-sunnah.

 

WalLah hu a’lam. 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.