Assalamua’laikum,
Pelbagai kekalutan telah membelenggu masyarakat Islam. Lepas satu, satu….Isu murtad, penyelewengan logo halal, penggunaan nama Allah, isu non-muslim membaca ayat al-Qur’an dan sebagainya. Aku cuma nak komen sikit je. Jangan marahkan orang Kristian bila mereka nak gunakan kalimat Allah. Soal mereka ada niat lain tu, tu nombor dua. Orang kita ni, bila kita cakap elok-elok payah nak terima. Tapi bila teguran berbentuk sindiran, senang pula nak terima. Renung-renungkanlah!. Dah orang Islam sendiri ‘lupa’kan Allah, bila orang lain nak guna, kita pula nak marah. Pelik, memang pelik.
Aku bukan berniat menyokong mereka. Tapi sebelum salahkan orang lain, lebih baik, suluh diri kita sendiri. Berapa ramai orang Islam di Malaysia ni lebih suka guna istilah tuhan daripada menyebut Allah. Kenapa tak gunakan saja kalimah Allah. Ada setengah tu, siap tulis huruf “t” dengan capital lagi. Kononnya kata mereka lebih khusus. Tapi kalau nak khusus, kenapa tak tulis saja kalimah ALLAH. Sebab tu kita dapat tengok di mana-mana, orang Islam suka menyebut kalimah tuhan daripada Allah. Kalau anda tergolong dalam golongan ini, berhentilah! Pilihlah kalimah yang lebih khusus yakni ALLAH daripada perkataan tuhan. Dulu, masa aku mengajar, aku warning siap-siap kat pelajar aku. Sapa yang tulis perkataan tuhan, aku bagi 0. tolak markah. Kejam kan aku! Tapi terus terang, aku memang tak kan guna kalimah tuhan ni kecuali dalam hal-hal tertentu. Bermula daripada sekarang, ubahlah sekadar yang termampu. Kalau dulu masa berdoa kita suka sebut: “Ya Allah ya tuhanku, sekarang ubahlah: “Ya Allah Ya Rahman/Ya Rahim dan sebagainya. Bukankah Allah memiliki nama-nama yang indah. Maaflah kalau ‘masakan’ aku kali ni pedas sikit.
p/s: Aku sebenarnya dah tulis artikel tentang ni dulul, tapi dah puas aku cari. InsyaalLah, kalau dah jumpa nanti, aku akan posting ke sini.